TMK 1

Sunday, October 15, 2017

AMARAH AKU, AMUKAN KHAR9

Apabila anak tantrum atau meltdown, bagi korang yg ada anak autism, apa akan korang buat?

Pujuk dengan tenang...?

atau marah balik dengan....

pukul...?
tengking...? 
dengan harapan anak akan diam? 

Sejujurnya... aku buat semua tu bergantung tahap kesabaran...tapi aku yang DULU la.....

Sekarang ni, bila semakin memahami tentang autism dan Khar9, aku rasa kemarahan adalah perbuatan sia-sia. 

Bagi budak normal, ok la... Mereka dapat baca emosi kita bila kita marah. Mereka takut bila kita besarkan mata atau tinggikan suara. Kaum ibu biasa buat kan? Hehe. 

Bagi Khar9 yang punyai asd&adhd pulak, makin aku marah, amukannya makin menjadi-jadi. Adakalanya dia pukul aku balik. Berbalas-balas. 

Teringat suatu kejadian dulu....

Masa tu baru lepas hearing test (abr), kesan ubat mengantuk masih belum hilang. Apabila Khar9 sedar, dalam keadaan masih mamai, dia mengamuk dengan dasyat. Dalam keadaan mamai, dia cuba berlari dan beberapa kali hampir jatuh dan melanggar kerusi2 yang ada disekeliling. Aku takut dia cedera. 

Aku terus bawa Khar9 ke kereta dan suruh isteri aku uruskan apoitment seterusnya. 

Nak ke parking punyalah jauh ditambah cuaca yang agak panas, sepanas hati aku waktu tu. Khar9 mengamuk tak sudah. Aku hilang sabar dan menengkingnya depan orang ramai tapi tangisan serta amukan Khar9 semakin menjadi-jadi pulak. Langsung tak de tanda-tanda ia akan reda. Aku teruskan perjalanan ke kereta bersama hati yang terbakar. 

Bila dah masuk lam kereta, aku pike balik....

....Aku marah kerana diduga oleh seorang anak autisme, tapi aku lupa, Khar9 JUGA diduga.....

....Khar9 diduga dengan AUTISM, iaitu masalah yang datang DARI DALAM dirinya. Kemudian ditambah lagi dengan masalah LUARAN dengan SIKAP BAPAKNYA ni yang hanya tahu melepaskan kemarahan tanpa memahami derita yang ditanggung. Langsung tidak membantu. 

Moment ni aku pernah gambarkan dalam videoclip lagu Tuhan Menduga Kita. Lagu tu pun terilham selepas kejadian tu. 

Semenjak itu, aku belajar tentang autism, dalam masa yang sama belajar memahami sifat2 semulajadi Khar9. 

Tingkat dan spektrum autism tu sangat luas. Kaedah yang berkesan pada anak orang, belum tentu berkesan pada Khar9. Aku terus berusaha mencari ILMU YANG BETUL supaya tak menuju DESTINASI YANG SALAH



.

Sunday, October 8, 2017

TUHAN MENDUGA KITA DI JANUARI

Sedikit perkongsian perjalanan kisah anak AUTISM saya... Khar9.
Yang baik jadikan tauladan,yang buruk jadikan sempadan.
Terimalah hasil karya kecil saya...
....TUHAN MENDUGA KITA DI JANUARI.
Saya pasti anda juga punyai kisah tersendiri. Anda juga boleh kongsikan bersama.

#tuhanmendugakita #autisme #autismawareness #khar9