TMK 1

Thursday, December 22, 2016

Coretan Tentang Kharnain

Lakaran ini bukanlah dari seorang anak autisme. Tetapi ia adalah lakaran dan luahan hati seorang bapa yang memiliki seorang anak autisme comel bernama Zulkharnain.
Lakaran-lakaran ini menceritakan antara cabaran hidup yang telah kami lalui. Hanya secebis coretan dari berjuta kisah didunia berkaitan autisme.
Untuk ibu bapa yang senasib, mengurus anak autisme sememangnya mencabar. Bagaimanapun, percayalah, tuhan menduga adalah kerana untuk melihat sejauh mana keimanan kita sebenar. Mungkin inilah cara tuhan memuliakan kita. Bertabahlah, lambat laun pasti ada juga sinar yang akan menunggu. Jika bukan didunia, pastinya diakhirat.
Akhir kata, mudah-mudahan usaha kecil saya ini mampu memberi manafaat dan kesedaran masyarakat tentang autisme.
Tidak kenal erti bahaya😳.

Jika ingin mendapat sesuatu, Khar9 akan tarik tangan aku tanpa bercakap.

Ujian pendengaran adalah antara prosuder yang perlu dilakukan. Kaedah ABR terpaksa digunakan untuk Khar9 kerana dia tidak memberi kerjasama untuk prosuder biasa. Khar9 ditidurkan. Bagaimanapun tidak semudah itu untuk membuatkannya tidur. Ambik masa juga.

Pabila dah tidur rasa risau kalau dia tersedar ketika ujian. Bagaimananapun, alhamdulillah, sebaik sahaja selesai ujian barulah dia sedar dan terus tantrum. Dah agak dah

Tidur dah tak lena. Setiap malam Khar9 tidur lewat. Kebiasaannya antara jam 1 hingga 3 pagi. Pernah juga nak masuk subuh baru nak tidur. Mata ibu bapa mana yang tak bengkak?😁

Datang lewat ke pejabat dah jadi rutin. Tulikan sahaja telinga apabila dimarahi bos. Pabila datang awal, terasa nak tidur pulak. Maafkan saya bos😅.

Telinga anak diperiksa oleh pakar ENT sebelum ujian pendengaran dilakukan.

Adakalanya, aku hilang sabar. Aku hanya manusia biasa. Ya Allah, berikan aku kesabaran yang luar biasa😢.

Berat untuk menerima kenyataan anak disahkan ASD &ADHD.

Kebetulan, tarikh itu adalah hari jadi aku. Mungkin ini sebenarnya adalah hadiah dari Allah yang masih aku belum fahami maksud tersiratnya. Aku perlu bersabar. Suatu hari aku akan faham.



Sepi di dunianya sendiri. Izinkan aku untuk masuk ke dunia itu untuk menemanimu.

Latihan motor kasar dan halus penting untuk mereka.

Yg pernah ikut program lawatan KAA mesti tau tempat ini. 😁

Terokailah dunia yang indah ini. Mudah-mudahan akan ketemu apa yang kau cinta.

Pencapaian besar kalau anak dah berjaya toilet training. Hati mak bapak akan mekar berbunga-bunga👏🏼.

Tuhan menduga kita, tapi jangan lupa, anak kita lebih menderita.

Pakar psykiatric. Aku sangat kuatir setiap perkataan yang keluar dari mulut doktor itu. Satu persatu aku hadam. Risau sesuatu yg sukar aku terima😬

Memang ada yang prihatin dalam keadaan mata lain yang menjeling.

Aksi kejar mengejar. Berlari pantas adalah kebolehan yang mesti ada pada ibu bapa super. Tak lupa juga buat atuk dan nenek ye. Kesian. 😂

Impian atau hobi simpan tepi dulu. Utamakan apa yang lebih utama. Maaf geng. Sinar tetap menunggu kita.🤘🏿. Aku akan kembali. #ub7

Kenelah pandai urus diri duhai sayang. Bapak nanti akan tua. Masa tu Kha9 pulak yg akan uruskan bapak. Kha9 mesti cepat pandai.☺️

Ilmu tentang Autism kene cari. Baru boleh uruskan semua dengan baik. Rajin-rajin le baca buku, research lam internet, kursus dan apa sahaja yang berkaitan. Kalau ikut kepala sendiri saja risau sesat jalan. Sebab kita bukan dilahirkan terus pakar tentang autisme😊.