TMK 1

Thursday, April 6, 2017

Sisi Yang Gelap

Pagi tadi ketika hantar Khar9 ke KAA (Autism Training Centre) keluar jugak cerita pasal video Tuhan Menduga Kita oleh cikgu-cikgu Khar9. Diaorang pun tau rupanya๐Ÿ˜….

Rata2 sebak dengan maksud lagu & jalan cerita didalam video tersebut.

Begitulah hakikatnya....

Tiba-tiba teringat balik kata-kata orang....

"Dia nampak macam biasa je"
"Ok je, tak delah aktif sangat"
"Tak kacau orang pun"
"Faham jugaklah arahan"
"Pandai jugak cakap"
"Nampak normal je, mana yang autismnye?"

Itu apa yang dilihat sekarang. Kalau tak berusaha keras takkan jadi begitu. Kadang2 kene tengok angin jugak. Angin tak baik, meragamlah dia๐Ÿ˜.

Pastu ada yang cakap....

"Budak autism ni nanti pandai tau, genius"

Hehe.... mungkin yang dikenali adalah yg high function. Yang genius tu pulak, memang ada tapi amat sedikit. Media seperti tv pun selalu war-warkan yang high-function.

Tapi bagaimana yg sebaliknya?๐Ÿ˜ฑ. Yang mencederakan diri dan orang lain. Yang punyai masalah sensori yang teruk. Non-verbal seumur hidupnya. Ada yang dikategorikan sebagai mild, medium mahupun severe. Di dalam satu kategori ni pun, spectrumnya sangatlah luas. Maka, seorang anak autism takkan sama dengan yang lain. Autism adalah sesuatu yang tak boleh anda rangkum dan dibuat dalam satu penilaian.

Didalam video ini, aku ceritakan juga sisi gelap. Tidak hanya menunjukkan sisi comelnya saja๐Ÿ˜บ.

Bukannya sengaja nak tunjuk aib atau kelemahan, tapi dalam cerita yang dipaparkan, bukan hanya aku, boleh dikatakan semua ibu bapa yg punyai anak autism berusaha bertungkus lumus untuk menjadikan anaknya menjadi lebih baik.

Tabah, kuat semangat, sabar, redha dan semua perkataan positif menjadi supliment hidup seharian.

Kami tidak harapkan kesempurnaan atau mengharap anak2 kami untuk menjadi normal. Cukuplah mereka mampu berdikari mengurus diri masing2 . Bagaimanapun, Allah masih boleh beri lebih apa yang kita mintak seperti yang ditulis dalam buku Genius Dari Syurga. Aku pegang kata2 ini.

Panjang pulak cerita aku ni. Haha.

Berbalik kepada cikgu2 di KAA. Penghujung perbualan kami, diorang nak mintak izin download video tu dan share kepada yang lain. Jawapan aku.....

.....silakanlah. Aku izinkan. Asalkan tidak untuk tujuan komersial. Lagu dan video tu memang tak ambik apa2 untung pun dari situ walaupun aku buat agak lama dan perlukan kesungguhan dan pengorbanan. Aku percaya rezeki akan datang kemudian, yang PENTING kesedaran tentang autism TERSEBAR LUAS!



#autism #tuhanmendugakita

Saturday, April 1, 2017

TUHAN MENDUGA KITA (Musik Video), Sempena bulan Kesedaran Autisme 2017



Walaupun mempunyai masa yang agak terhad, akhirnya karya istimewa ini selesai juga walaupun memakan masa yang agak lama. Lebih 1 tahun๐Ÿ˜‚.

Setiap hari, masa dibahagi untuk melaksana pelbagai tanggungjawab. Ditambah pula cabaran membesarkan seorang anak autisme yang kini berusia hampir 6 tahun, menghadkan banyak perkara namun tidak pernah mematah semangat.

Yang sekapal pasti tahu bagaimana mencabarnya mengurus mereka sepanjang tempoh usia sebegini. Segala hobi, perancangn atau impian lain juga terpaksa diabaikan terlebih dahulu untuk memberi sedikit ruang kepada karya istimewa ini.

Dari mana datang kekuatan, ia datangnya dari anak saya sendiri, disertai semangat untuk memberi kesedaran autism melalui sedikit pengalaman yang ada.

Karya ini juga menjadi suara kepada keluarga lain yang mempunyai pengalaman yang hampir serupa.

SHAREkanlah sebagai salah satu dari berjuta cara untuk meningkatkan KESEDARAN AUTISME.

Moga tuhan mempermudahkan segalanya untuk kita.

Usahlah berduka kerana lambat laun kedukaan akan beralih menjadi ceria. Itulah apa yang saya percaya.

Akhirkata....

SELAMAT MENYAMBUT BULAN KESEDARAN AUTISME BUAT ANDA SEMUA๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ€๐ŸŽˆ๐ŸŽ๐Ÿ’•๐ŸŽ‚๐Ÿญ๐ŸŽธ๐ŸŽค

..........................................................

๐ŸŽผTuhan Menduga Kita:๐ŸŽผ

LAGU:
Lagu,lirik,penyanyi : Zulkha
Rakaman : Star Audio One
Mixing : Abg Alim & Zulkha
Guitar: John & Ray
Bass: Wak
Drum : Man
Keyboard : Abg Alim

VIDEOCLIP:
Lakaran komik,video editing: Zulkha

#tuhanmendugakita
#autisme #autism #kesedaranautisme #autismcartoon
#autismmalaysia #semarakbiru