TMK 1

Saturday, April 1, 2017

TUHAN MENDUGA KITA (Musik Video), Sempena bulan Kesedaran Autisme 2017



Walaupun mempunyai masa yang agak terhad, akhirnya karya istimewa ini selesai juga walaupun memakan masa yang agak lama. Lebih 1 tahun😂.

Setiap hari, masa dibahagi untuk melaksana pelbagai tanggungjawab. Ditambah pula cabaran membesarkan seorang anak autisme yang kini berusia hampir 6 tahun, menghadkan banyak perkara namun tidak pernah mematah semangat.

Yang sekapal pasti tahu bagaimana mencabarnya mengurus mereka sepanjang tempoh usia sebegini. Segala hobi, perancangn atau impian lain juga terpaksa diabaikan terlebih dahulu untuk memberi sedikit ruang kepada karya istimewa ini.

Dari mana datang kekuatan, ia datangnya dari anak saya sendiri, disertai semangat untuk memberi kesedaran autism melalui sedikit pengalaman yang ada.

Karya ini juga menjadi suara kepada keluarga lain yang mempunyai pengalaman yang hampir serupa.

SHAREkanlah sebagai salah satu dari berjuta cara untuk meningkatkan KESEDARAN AUTISME.

Moga tuhan mempermudahkan segalanya untuk kita.

Usahlah berduka kerana lambat laun kedukaan akan beralih menjadi ceria. Itulah apa yang saya percaya.

Akhirkata....

SELAMAT MENYAMBUT BULAN KESEDARAN AUTISME BUAT ANDA SEMUA🎉🎉🎀🎈🎁💕🎂🍭🎸🎤

..........................................................

🎼Tuhan Menduga Kita:🎼

LAGU:
Lagu,lirik,penyanyi : Zulkha
Rakaman : Star Audio One
Mixing : Abg Alim & Zulkha
Guitar: John & Ray
Bass: Wak
Drum : Man
Keyboard : Abg Alim

VIDEOCLIP:
Lakaran komik,video editing: Zulkha

#tuhanmendugakita
#autisme #autism #kesedaranautisme #autismcartoon
#autismmalaysia #semarakbiru

No comments:

Post a Comment