TMK 1

Sunday, August 20, 2017

RISAU MEMANG ADA BILA KHAR9 MULA BERSAMA KANAK-KANAK NORMAL



6 bulan latihan intensif di KAA & rumah membawa ke arah perubahan positif yang ketara. 


Di usia hampir 5 tahun, Khar9 dah mula ke tandas sendiri walaupun sekali sekala excident. Focus dan eye-contact bertambah baik. Dipanggil nama dah mula menoleh. Respond dengan arahan dan boleh request dengan beberapa perkataan mudah. Tantrum dan hyper tak hilang namun berkurang sikit. 


Semuanya baik, melainkan........


......kemahiran SOSIAL. 


Itulah apa yang cikgu Lydia di KAA bagitau. 


Beliau mencadangkan Khar9 ke pre-school biasa selain KAA supaya bergaul dengan kanak-kanak normal. 


Di KAA, mengharap kemahiran sosial bertambah baik dengan rakan-rakan yang juga punyai masalah autisme agak sukar, malah kuatir dia akan cenderung meniru pelajar autism yang lebih severe pulak. 


Misi mencari pre-school biasa ni agak mencabar walaupun aku dah tunjukkan laporan positif dari KAA. Banyak yang menolak dan ada yang mintak ditinggalkan nombor telefon sahaja. Tapi tak jugak call balik. 


Aku faham, mereka tak mahu menanggung risiko kerana tidak dilatih tentang autisme. Aku akur dan semua ni tak boleh dipaksa. Dipaksa nanti lain pulak jadinya😅. 


Bagaimanapun, hanya sebuah tempat sahaja memberi peluang kepada Khar9. Mungkin ada juga tempat lain yang sanggup terima cuma aku yang tak jumpa masa tu. 


Pengurusnya minta Kha9 datang dan nak lihat sendiri keadaannya. Melihat keadaan yang positif, Khar9 diberi peluang. Try dulu. Kalau tak ok,  barulah dia akan ditolak. 


Alhamdulillah, lebih setahun Khar9 di tempat tu tanpa ada masalah yang besar. 


Bersama kanak-kanak normal sering membuat perasaan bercampur baur. Usahkan kanak-kanak, orang dewasa pun ramai lagi yang tak tau apa itu autisme dan akan terpinga-pinga bila cuba dijelaskan. 


Diusia 6 tahun pula, kematangan kanak-kanak makin bertambah, dan ada yang boleh mula bergosip. Dalam keadaan Kha9 seronok menikmati dunianya sendiri, dalam masa yang sama juga kanak-kanak lain memandangnya pelik. 


Begitu juga ketika hantar atau ambik Khar9 ke pre-school, pasti ada ibubapa yang tertanya-tanya dengan prilaku ganjil Khar9. 


Biar apa pun reaksi manusia, peluang untuk Khar9 bersosial menjadi keutamaan. Kalau melayan rasa malu dan prasangka negatif macam mana nak improve nantikan. 


Soal pelajaran, aku tak mengharap  Khar9 untuk dapat gred A. Cukuplah dia pandai berkawan dan kemahiran bertuturnya bertambah baik. Itu saja. 


Akhirnya, ada juga seorang kanak-kanak bernama Akil menjadi sahabat yang paling rapat dengannya.Sebagai kanak-kanak normal, akil buat aku jadi pelik. Bagaimana Akil boleh masuk line Khar9😂. Tapi aku dapat lihat keakraban mereka. 


Ok. Itulah sedikit coretan dan kisah aku  kali ini. Tentang Khar9 bersama kanak-kanak normal lain. 


Sekiranya anda ada anak autism, bagaimana anda disituasi ini. Mungkin ada lebih cool dari saya😂. 


Jika tidak di pre-school , ia mungkin berada disituasi-situasi lain. 


Kongsikan. 


#autism #autisme. #tuhanmendugakita #khar9

Monday, August 14, 2017

PABILA KHARNIN DEMAM!!!




Aku akan berasa janggal bila rumah nampak tenang. Rumah yang tenang bermakna Kharnain tak sihat. Dalam situasi ni aku lebih suka tengok dia aktif macam biasa walaupun hidup dilanda ribut. 


Sebelum usia 5 tahun, Kharnain belum boleh bercakap atau mengadu. Meltdown. Adakalanya senyap. Adakalanya pulak terjerit-jerit. Air mata meleleh di pipi. Nak cakap sakit pun tak reti. Dia akan berbaring je sepanjang hari. 


Aku paling malas bila doktor kasi anti-biotik atau ubat-ubat lain yang jenis cecair. Bukan tak setuju. Tapi macam mustahil je nak lepas tekak dia. 


Kharnain sangat cerewet soal makan. Makanan yang boleh masuk ke tekaknya boleh dibilang dengan sebelah tangan. Apa-apa rasa selain yang dia suka akan kene reject. Nasi pun dia tak makan. Apatah lagi ubat. 


Tindakannya pulak selalu mengikut naluri hati. Kalau dia kata tak nak, maka tak nak le tu. Nak pujuk dengan kata-kata bagaikan bercakap dengan tiang. Tak lut. Tambahan mood tengah tak baik. Semua takkan jadik😂. Begitulah bayangan huru-hara kecil di dalam kepala ketika dimeja doktor. 


Maka, mulalah aku tanya soalan tipikal aku kat doktor.... 


"Dr, ada tak ubat perisa coklat atau yang boleh campur ngan air susu?"


"Tak" kata doktor. 


Itu juga adalah jawapan tipikal doktor kat aku beserta satu senyuman yang agak manis. Aku dapat baca senyuman tu menggambar soalan aku tadi tak berapa cerdik walaupun penuh harapan. Pastu biasanya, aku cadangkan pulak supaya doktor buat inovasi ubat yg ada perisa coklat😂. 


Masa nak kasi ubat pulak, berlakulah pergelutan macam ahli gusti profesional WWE. Paling kurang 2 hingga 3 orang yang terlibat dalam pertarungan ni. Aku, isteri dan makcik Mac bagaikan bertarungan dengan Undertaker dalam handicap match. 


Dah masuk mulut, tak lepas tekak pulak. Habis tersembur! 


Last-last kami guna strategi terakhir iaitu.....


... kasi ubat lam botol susu😂. 


Masa dia teguk susu tu le mata asyik menjeling. Risau dia perasan botol susu dah taruk ubat. Kalau habis teguk, satu kejayaan dicapai. Kalau tak habis mulalah pike plan lain lupak😂. 


Tu lah kisah kami.


Bagi anda yg ada anak autism, pasti ada cerita sendiri. Mungkin tak jauh berbeza dengan anak tipikal biasa, tapi saya percaya ianya ada cabaran tersendiri. 


Kalau ada... kongsikan. 


Kalau ada tips kasi anak makan ubat buat kongsikan gak ok😂. 


#tuhanmendugakita #autism #autisme #autismawareness

Saturday, August 5, 2017

7Eleven & DOBI, RUTIN LEPAS BALIK DARI BRAINY BUNCH

Awal dulu, masa balik dari Brainy Bunch, wajib singgah 7 Eleven. Wajib beli popcorn walaupun makannya nanti sikit aje. Kat rumah pun dah macam kilang popcorn pulak sebab bawak balik. 


Tu ok lagi....


Yang tak berapa ok, sebelah 7 Eleven tu ada kedai dobi. Wajib singgah. Bukan nak cuci pakaian pun. Tapi saja dok tengok mesin basuh tu berpusing. 


Dalam keadaan aku yang dah kepenatan menempuh cabaran sepanjang hari, aku gunalah masa tu untuk merehat minda. 


Aku biar saja Khar9 seronok tengok mesin tu berpusing. Aku pun layan le sekali. Berdiri ala-ala Cristiano Ronaldo nak ambik free kick. Macho le kot. Walhal dalam hati Tuhan saja yang tahu. Berbisik-bisik hati...entah apa la persepsi orang sekeling aku😂. 


Aku perhati Khar9.... bagi kita yang normal, benda tu tak seronok pun. Tapi baginya ia amat menyeronokkan🙂. Aku sekali sekala kene jugak tunaikan apa yang dia suka. Mungkin itu mampu menenangkan jiwanya yang juga penat gie sekolah dari pagi sampai petang. Dari KAA ke Brainy Bunch. Jadual dia pun padat. 


Sekarang rutin tu dah hilang. 


Alhamdulillah. 


Korang yang ada anak autism ada tak menghadapi situasi hampir sama macam ni?


Mesti korang ada kisah sendirikan? 


Kongsikan. 


#autism #tuhanmendugakita