TMK 1

Sunday, August 20, 2017

RISAU MEMANG ADA BILA KHAR9 MULA BERSAMA KANAK-KANAK NORMAL



6 bulan latihan intensif di KAA & rumah membawa ke arah perubahan positif yang ketara. 


Di usia hampir 5 tahun, Khar9 dah mula ke tandas sendiri walaupun sekali sekala excident. Focus dan eye-contact bertambah baik. Dipanggil nama dah mula menoleh. Respond dengan arahan dan boleh request dengan beberapa perkataan mudah. Tantrum dan hyper tak hilang namun berkurang sikit. 


Semuanya baik, melainkan........


......kemahiran SOSIAL. 


Itulah apa yang cikgu Lydia di KAA bagitau. 


Beliau mencadangkan Khar9 ke pre-school biasa selain KAA supaya bergaul dengan kanak-kanak normal. 


Di KAA, mengharap kemahiran sosial bertambah baik dengan rakan-rakan yang juga punyai masalah autisme agak sukar, malah kuatir dia akan cenderung meniru pelajar autism yang lebih severe pulak. 


Misi mencari pre-school biasa ni agak mencabar walaupun aku dah tunjukkan laporan positif dari KAA. Banyak yang menolak dan ada yang mintak ditinggalkan nombor telefon sahaja. Tapi tak jugak call balik. 


Aku faham, mereka tak mahu menanggung risiko kerana tidak dilatih tentang autisme. Aku akur dan semua ni tak boleh dipaksa. Dipaksa nanti lain pulak jadinya😅. 


Bagaimanapun, hanya sebuah tempat sahaja memberi peluang kepada Khar9. Mungkin ada juga tempat lain yang sanggup terima cuma aku yang tak jumpa masa tu. 


Pengurusnya minta Kha9 datang dan nak lihat sendiri keadaannya. Melihat keadaan yang positif, Khar9 diberi peluang. Try dulu. Kalau tak ok,  barulah dia akan ditolak. 


Alhamdulillah, lebih setahun Khar9 di tempat tu tanpa ada masalah yang besar. 


Bersama kanak-kanak normal sering membuat perasaan bercampur baur. Usahkan kanak-kanak, orang dewasa pun ramai lagi yang tak tau apa itu autisme dan akan terpinga-pinga bila cuba dijelaskan. 


Diusia 6 tahun pula, kematangan kanak-kanak makin bertambah, dan ada yang boleh mula bergosip. Dalam keadaan Kha9 seronok menikmati dunianya sendiri, dalam masa yang sama juga kanak-kanak lain memandangnya pelik. 


Begitu juga ketika hantar atau ambik Khar9 ke pre-school, pasti ada ibubapa yang tertanya-tanya dengan prilaku ganjil Khar9. 


Biar apa pun reaksi manusia, peluang untuk Khar9 bersosial menjadi keutamaan. Kalau melayan rasa malu dan prasangka negatif macam mana nak improve nantikan. 


Soal pelajaran, aku tak mengharap  Khar9 untuk dapat gred A. Cukuplah dia pandai berkawan dan kemahiran bertuturnya bertambah baik. Itu saja. 


Akhirnya, ada juga seorang kanak-kanak bernama Akil menjadi sahabat yang paling rapat dengannya.Sebagai kanak-kanak normal, akil buat aku jadi pelik. Bagaimana Akil boleh masuk line Khar9😂. Tapi aku dapat lihat keakraban mereka. 


Ok. Itulah sedikit coretan dan kisah aku  kali ini. Tentang Khar9 bersama kanak-kanak normal lain. 


Sekiranya anda ada anak autism, bagaimana anda disituasi ini. Mungkin ada lebih cool dari saya😂. 


Jika tidak di pre-school , ia mungkin berada disituasi-situasi lain. 


Kongsikan. 


#autism #autisme. #tuhanmendugakita #khar9

No comments:

Post a Comment