Aku akan berasa janggal bila rumah nampak tenang. Rumah yang tenang bermakna Kharnain tak sihat. Dalam situasi ni aku lebih suka tengok dia aktif macam biasa walaupun hidup dilanda ribut.
Sebelum usia 5 tahun, Kharnain belum boleh bercakap atau mengadu. Meltdown. Adakalanya senyap. Adakalanya pulak terjerit-jerit. Air mata meleleh di pipi. Nak cakap sakit pun tak reti. Dia akan berbaring je sepanjang hari.
Aku paling malas bila doktor kasi anti-biotik atau ubat-ubat lain yang jenis cecair. Bukan tak setuju. Tapi macam mustahil je nak lepas tekak dia.
Kharnain sangat cerewet soal makan. Makanan yang boleh masuk ke tekaknya boleh dibilang dengan sebelah tangan. Apa-apa rasa selain yang dia suka akan kene reject. Nasi pun dia tak makan. Apatah lagi ubat.
Tindakannya pulak selalu mengikut naluri hati. Kalau dia kata tak nak, maka tak nak le tu. Nak pujuk dengan kata-kata bagaikan bercakap dengan tiang. Tak lut. Tambahan mood tengah tak baik. Semua takkan jadik😂. Begitulah bayangan huru-hara kecil di dalam kepala ketika dimeja doktor.
Maka, mulalah aku tanya soalan tipikal aku kat doktor....
"Dr, ada tak ubat perisa coklat atau yang boleh campur ngan air susu?"
"Tak" kata doktor.
Itu juga adalah jawapan tipikal doktor kat aku beserta satu senyuman yang agak manis. Aku dapat baca senyuman tu menggambar soalan aku tadi tak berapa cerdik walaupun penuh harapan. Pastu biasanya, aku cadangkan pulak supaya doktor buat inovasi ubat yg ada perisa coklat😂.
Masa nak kasi ubat pulak, berlakulah pergelutan macam ahli gusti profesional WWE. Paling kurang 2 hingga 3 orang yang terlibat dalam pertarungan ni. Aku, isteri dan makcik Mac bagaikan bertarungan dengan Undertaker dalam handicap match.
Dah masuk mulut, tak lepas tekak pulak. Habis tersembur!
Last-last kami guna strategi terakhir iaitu.....
... kasi ubat lam botol susu😂.
Masa dia teguk susu tu le mata asyik menjeling. Risau dia perasan botol susu dah taruk ubat. Kalau habis teguk, satu kejayaan dicapai. Kalau tak habis mulalah pike plan lain lupak😂.
Tu lah kisah kami.
Bagi anda yg ada anak autism, pasti ada cerita sendiri. Mungkin tak jauh berbeza dengan anak tipikal biasa, tapi saya percaya ianya ada cabaran tersendiri.
Kalau ada... kongsikan.
Kalau ada tips kasi anak makan ubat buat kongsikan gak ok😂.
#tuhanmendugakita #autism #autisme #autismawareness
No comments:
Post a Comment