TMK 1

Sunday, September 3, 2017

KHAR9 & AIR, BERPISAH TIADA💦



Khar9 dulu pantang tengok air. Keinginannya disertakan perasaan tak takut dengan apa-apa risiko bahaya menambah cabaran. 


..............


Dulu... konon nak beriadah sambil kasi ikan makan di tasik Pustaka Negeri Sarawak, dia pulak nak terjun lam tasik.  Nak main ngan air. Bila inginnya tak tertunai... tantrumlah jawabnya. Ikan pun kecut tak timbul-timbul😂. 


.............


Pergi Spring shoping mall, ada air pancut. Dia nak sentuh air. Tak kasi, tantrum pulak. Si ibu tengah baya parking keta. Aku kasi sentuh. Dia pulak tepuk-tepuk air sampai terpercik kene orang sebelah. Orang sebelah terus buat muke predator. Sambil mohon maaf, aku angkat Khar9 tapi dia pulak tantrum. Pastu lagi ramailah predator menjeling. Cara terakhir, terus bawak lam kete. Kasi phone. 


...........


Gie ulang-ulang alik untuk apoitment doktor dan terapi dari Kapit-Sibu-Kuching pun mencabar jugak. Dari Kapit ke Sibu kami naik bot express. Masa kat kawasan jeti, Khar9 mintak dilepaskan. Dia nak jalan sendiri. Aku tak kasi sebab risau dia akan terjun sungai. 


Apa lagi, tantrum lah atas bot-bot tu. Bertambah penat bila bot kami dibarisan terakhir. Aku terpaksa gandakan kekuatan otot tangan, otot kaki dan otot otak ketika mengendong Khar9 yang tengah tantrum. 


Bila masuk bot, ingatkan selesai, sepanjang perjalanan selama 3 jam dia meragam nak keluar bot. Nak main air! Bukan boleh buat main air sungai Batang Rajang nak... Alahai... 


Nasib baik ada tab. Isi kartun & game yang dia suka. Kalau boleh sebelum perjalanan kasi dia puasa dulu dengan tab. Biar dalam perjalanan tu dia 'lapa' sikit. Kalau dia dah kenyang ngan tab, korang pikelah sendiri😂. 


...............


Dalam bilik air pulak kalau mandi sampai kecut jari-jemari dia main air. Berjam pun dia tahan. 


..........


Oleh kerana dia minat dengan air, aku beli kolam mandi. Tiap hujung minggu aku akan kasi dia berendam walaupun tuntutan Khar9 adalah setiap hari! Mana tahan nak baya bil nak...😂. 


.........


Sekarang ni, alhamdulillah. Bila umur 6 tahun Khar9 boleh bezakan apa tu kolam renang dan air tasik. Bila pergi tasik di Pustaka Negeri semula, dia lebih behave. Dah tau fungsi sesuatu objek atau tempat. Roti di koyaknya kecik-kecik kasi ikan makan, tapi sekejap lepas tu, nah!... sekeping terus. Maka berbahagialah ikan-ikan disana kekenyangan. 


Sekiranya behavior, pemahaman, kemahiran sosial serta komunikasinya dah ok.... aku nak hantar Kha9 ke kelas renang bila umur 7 tahun nanti. 


Lagi pun dia akan bersekolah di PKKI. Tak de serabut sangat belajar macam di kelas perdana. Lebih mudah untuk aku merancang yang terbaik untuknya. 


Ok. Itu hanya sebahagian kisah Khar9 dan air. Banyak lagi sebenarnya. 


Pada anda yang ada anak istimewa seperti saya amacam? 


Adakah mereka obses dengan air macam Khar9?


Kongsikan. 


#tuhanmendugakita #autism #autisme

HARI JADI YANG TAK BERAPA MENJADI🎂


Apabila Khar9 berusia setahun, kami agak teruja nak sambut hari jadinya. Tambahan pulak dialah satu-satunya permata hati kami. Maka persiapan dibuat agak grand dan jemputan pun boleh tahan ramainya. 


Walau bagaimanapun, dihari yang sepatutnya disambut dengan suasana ceria bertukar menjadi suasana yang kecoh. 


Kha9 tantrum!

Tak pandang pun kek yang lawa tu. 

Tak teruja dengan suasana. 

Topi birthday pun campak tepi. 

Orang ramai bagaikan halimunan baginya.

Tak respond dengan orang sekeliling. 


Masa tu aku ingat budak usia 1 tahun mungkin belum faham maksud hari jadi. Mana-mana budak pun takkan reti  tiup lilin pada usia tu. 


Namun, pada usia 2 dan 3 tahun, keadaan tak jauh berbeza. Tak seperti bebudak lain yang sentiasa teruja dengan sambutan hari jadi. 


Bagaimanapun pada usia 4 tahun apabila dah tau masalah autism & adhd, kami download video pasal bebudak sambut birthday untuk kasi dia tengok. 


Lepas tu kami buat birthday kecil-kecilan je. Senang kontrol. Cipta suasana ceria.Kasi feel birthday tu macam mana. 

Kasi hadiah....

Nyanyi sama-sama.... 

Nyalakan lilin...... 

Kemudian dia tiup.... 

Api tak padam tapi air liur yang tersembur 💦😂.


Pada usia 5 tahun, Khar9 sudah agak faham bagaimana birthday disambut. Akhirnya tiupan lilin kali ini berjaya dan disambut dengan gilang-gemilang kami sekeluarga seperti Malaysia menang masuk final Sukan Sea. Biasalah mak bapak budak autism ni kalau ada peningkatan, rasa teruja luar biasa sikit. Jangan heran ye. 


Ok. Anda yg ada anak istimewa seperti saya pasti ada cerita tersendirikan?


Kongsikan. 


#tuhanmendugakita #autism