Walaupun penuh makanan yang sedap2 didepan mata, makanan atau biskut berasaskan cokelat atau ayam goreng saja yang menjadi pilihan. Kadang2 nugget atau hotdog menjadi variasi. Syarat utama kene goreng kering dan garing. Juga gemar yang pedas seperti ayam goreng spicy KFC. Yang masih basah2 atau lembik2 memang tolak tepi.
Sebagai nutrisen tambahan terpaksa letak multivitamin, tambah susu buah-buahan(halib fruitee), jus kismis atau sedikit madu dalam minumannya.
Disuap nasi bagaikan menelan cacing hidup. Diselit nasi secara sembunyi bersama ayam goreng kegemaran, dimuntahkannya tak bertempoh. Pernah juga dengan cara paksa. Akhirnya hanya mengundang perang.
Aku pernah baca diet bebas gluten/casein. Aku try nak aplikasikan untuk Kharnain. Aku dah note apa yang boleh makan dan apa yang tidak. On paper memang cantik. Tapi realiti usaha bagai sekadar buat karangan atas kertas.
Aku masih keliru, adakah masalah tonsilnya dulu yang menjadi punca seleranya terhad? Sebab dulu sebelum pembedahan dia sukar menelan makanan. Atau memang kerana anak autism memang ada yang makan memilih? Masalah sensori?Atau dirinya sendiri yang memang begitu.
Apabila ditanya sahabat2 lain yang punyai anak autism, ada yang sama. Tapi ada juga yang tiada masalah dalam isu makanan. Yang unik, ada yg suka kunyah ais.
Sejujurnya, isu pemakanan antara cabaran yang belum dapat aku selesaikan dengan baik. Setiap anak berbeza. Berkesan pada orang, tak berkesan pulak pada Kharnain. Kalau Kharnain boleh makan nasi, itulah pencapaian terbesar aku tahun ni


Sekiranya anak anda juga Autism? Bagaimana tabiat mereka? Mungkin ada yang dulu picky eater tapi anda ada cara nak variasikan makanannya. Boleh kongsikan.
#tuhanmendugakita #autism #autisme#autismemalaysia