TMK 1

Sunday, March 12, 2017

Konsep Susunatur Rumah Yang sesuai untuk Kharnain




Kharnain sangat suka berlari dan sentiasa cuba mencapai apa jua yang ada didepan matanya tak kiralah sama ada ia membahayakan atau merosakkan harta benda. Kalau setakat menjatuhkan jug air seperti yang pernah aku ceritakan tu ok lagi. Kalau TV 40” jatuh berkecai, dengan hati ni pun turut berderai. Malahan artwork work aku ni pun pernah kene conteng dan dikoyakkan. 

Di usia 3 tahun, Kharnain masih belum dapat mentafsir arahan dan memahami konsep bahaya dengan baik. Komunikasi sangat terhad. Tindakannya lebih mengikut naluri hati. Aku bercakap banyak pun umpama bercakap dengan pintu rumah. Buat muka marah macam King Kong pun dia ingat aku buat benda kelakar. Last-last ketawa jelah bersama. 

Bertindak secara aktif atau terang seperti mengendung atau menghalang, kebiasaanya diakhiri dengan tantrum kerana secara terang aku adalah penghalang cita-citašŸ˜‚. Aku perlu melakukan sesuatu dimana ia berlaku secara pasif mengikut persekitaran tanpa aku perlu bertindak secara terang sebegitušŸ¤”. 

Maknanya, susunatur rumah kenalah mengikut keperluan Kharnain. Aku buat rak dan drill tinggi2 dan beli kabinet berkunci. Tv  gantung kat dinding. Tiap bucu-bucu meja dibubuh pelindung yang dibeli kat kedai DIY. Barang jarang guna simpan dalam kotak. Tak pakai buang je. Semua kenelah ringkas, selamat, sukar dicapai dan tersembunyi darinya. 

Hiasan rumah? Tak payah. Konsep “less is more” diguna pakai disini. Cantik perkara ke-2, yang penting ia praktikal. Kalau nak simpan hiasan-hiasan penghujungnya tetap berakhir jadi sampah. Baik tak payah.

Tugas buat playarea pulak aku serahkan kepada isteri dan nek ciknya. Zon khas untuknya bermain. Mainan simpan dalam kotak. Keluarkan bila perlu.

Apabila keadaaan rumah agak terkawal. Dia nak buat apa pun tak risau sangat. Penat boleh dikurangkan dan aku boleh ajar dia dengan mudah kerana focus dah tak banyak. 

Walaupun istilah konsep “Less is More” ni bunyinya canggih, aku percaya kalau ada program atau majalah seperti Anjung Seri datang mesti bosan tengok rumah aku. Amenda konsep rumah ni. Nak cari angle lawa pun payah. Haha.

Sekarang ini, alhamdulillah, jika aku biarkan lukisan, peralatan melukis dan laptop aku atas meja, dia tak kacau dah. Dia tahu itu kepunyaan aku dan mungkin dia juga tau aku tengah membuat sesuatu untuk dirinya dan memperjuangkan golongan yang senasib.

Begitulah kisah aku yang mempunyai anak autism yang hyperactive. Merancang dan membina persekitaran untuknya. Jika dirumah agak mudah, tapi bagaimana diluar?. Mahu atau tidak, aku kene mendidiknya supaya dia boleh menyesuaikan diri dengan dunia luar yang penuh muslihat. 

Bagi ibubapa lain yang senasib bagaimana pulak? Mungkin cerita anda sedikit berbeza dari kisah aku ni. Kongsikan. Manalah tau cerita anda juga bermanafaat untuk aku dan juga orang lain.

No comments:

Post a Comment