TMK 1
Monday, May 15, 2017
Kata-Kata Yang Sukar Aku Terima
"Autisme takkan sembuh tapi boleh diperbaiki dengan intervensi awal. Kalau lewat bermula, susah dia nak belajar berdikari mengurus diri kelak." jelas Dr Pakar Psikiari. Aku sentiasa bertanya mengharapkan jawapan yang lebih baik tapi sebaliknya.
Dihati kecil aku bertanya, kenapa kecik sangat harapan diberikan doktor tu untuk Kharnain? Sekadar mampu berdikari mengurus diri sahaja?
Kharnain adalah anak pertama dan tunggal. Mana2 ibubapa pun, anak pertama akan diberi harapan yang besar. Maklumlah yang pertama. Semangat lebih sikit😆.
Ketika itu juga berimpian nak jadikannya seorang Tahfiz. Seorang yang boleh membawa ibubapanya kelak ke jalan syurga.
Di dalam keghairahan ini, tiba2 pulak mendapat berita begini.
Apa autisme ni? Kenapa nampak berat sangat. Aku tak faham.
........................
Ketika itu, umur Khar9 dah masuk 3 tahun. Kata2 Doktor Pakar Psikiatri ni la paling susah aku nak terima. Terasa bagai ada batu besar dibahu untuk aku pikul secara tiba2.
Pada mulanya, aku umpama seorang pemandu yang baru belajar kereta. Macam mana dan nak kemana aku pandu keluarga aku ni? Aku baru sahaja menjadi seorang bapa selama 3 tahun. Masih banyak perkara aku perlu belajar.
Bagaimanapun proses penolakan aku tak lama. Lebih kurang seminggu je setelah aku dinasihati seorang kakak yg juga punyai anak autisme.
Aku berfikir......
....Suatu perkara bodoh jika masih cuba menolak. Sebagai insan yang punyai pegangan agama, aku mesti percaya, Allah berhak menguji sesiapa yang dimahu tak terkecuali aku.
Sekarang AKULAH YANG TERPILIH.
Aku sedar. Semakin aku cuba bertangguh, sebenarnya makin berada dikedudukan orang yang kalah.
"Lagi cepat, lagi baik". Kata2 doktor pakar tu masih segar diminda.
Selepas itu, aku terus belajar tentang pengurusan anak autism dan diri Kharnain sendiri lebih mendalam. Aku tak mahu walaupun sedikit pun masa muda Kharnain terbiar.
Aku sanggup buat apa sahaja. Aku pernah berniat nak berhenti kerja andai permohonan aku untuk berpindah ke Kuching tidak dilayan. Sebab aku merancang untuk menghantar Kharnain ke KAA ( Persatuan Autisme Kuching) Educational & Training Centre.
Syukur dah dapat pindah tanpa perlu berhenti kerja.
Kalau dulu aku mengharapkan Kharnain menjadi seorang tahfiz, sekarang ni pun apa kurangnya. Aku sudah pun mendapat seorang anak syurga. Satu saham akhirat yang lebih besar😊. Asalkan aku redha dan menerima amanah ini dengan tanggung jawab.
Kalau dulu aku memberi harapan besar untuk Khar9, sekarang harapan besar itu kini berada ditangan aku. Khar9 akan menjadi seperti apa yang aku usahakan dengan izin Allah.
...........
Ok! Bagi anda yg punyai anak autism, bagaimana penerimaan awal anda?
#tuhanmendugakita #autism
.....................................
Untuk menonton video muzik, Tuhan Menduga Kita bolehlah ke..
👉🏻 https://youtu.be/LDdYERAsjC8
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment