Ketika usia hampir 3 tahun, keganjilan pada Kharnain agak ketara berbanding kanak-kanak lain seusianya. Perkara ini mendesak aku mencari jawapan sebenar mengapa berlaku demikian.
Akhirnya aku ketemu perkataan autism. Banyak tanda-tanda yang tersenarai hampir sama.
Disini aku kongsikan sedikit tanda-tanda peringkat awal yang ketara pada Kharnain. Setiap anak-anak autism mempunyai spektrum yang berbeza namun berkongsi beberapa ciri yang hampir serupa.
Jika anak anda juga autism, apa pula tanda-tanda awal anak anda selain yang telah ditunjukkan?
Sekiranya tidak ada, ini pengetahuan yang berguna untuk memahami golongan unik ini.
Jika anak anda mempunyai KEBANYAKAN ciri-ciri seperti yang saya kongsikan, tapi masih ragu-ragu, jumpalah doktor cepat. Jangan buat andaian sendiri😊.
Semoga post saya ini dapat membantu kalian semua.
Sekian terima kasih.
#autism #tuhanmendugakita #tandatandaawalautism #lambatbercakap
TMK 1
Monday, February 20, 2017
Wednesday, February 15, 2017
Autism...Bukan Perkara Mudah
"Kami tidak minta untuk masyarakat faham maksud mendalam tentang autism, cukuplah sekadar memahami perkara ini bukan perkara mudah untuk diurus."
Aku tidak pelik jika ada sesetengah orang tidak faham apa yang dihidapi Khar9 walaupun sudah dimaklumkan berkali2. Sampai ke satu tahap, membisu adalah jalan terbaik untuk sementara waktu. Aku biarkan sahaja diri ditekan, manakala dalam masa yang sama cuba bertahan agar apa juga usaha atau perancangan aku terhadap Khar9 tidak terganggu. Mungkin ia tak penting untuk difahami sesetengah orang kerana masing2 punyai perkara lebih mustahak untuk diselesaikan.
Biarlah pemahaman itu hadir sendiri dari arah yang lain kelak tanpa perlu dipaksa-paksa. Namun begitu, ia bergantung juga bagaimana mereka membuka hati untuk prihatin terhadap kepayahan orang lain.
Semangat ini bagaikan air💧. Dihalang macam mana sekali pun ia tetap cuba terus mengalir. Dididih ia jadi wap. Dibeku pulak menjadi ais. Begitulah semangat yang abadi untuk Khar9. Aku nak Khar9 mencapai tahap semaksimum yang mungkin terutama sebelum ke darjah 1 kelak.
Kerap bercakap tentang masalah nanti org sangka aku ni banyak sangat alasan atau berjiwa lemah. Dugaan sikit dah mengeluh. Tapi kalau dah merasa dugaan ini, baru tau macam mana pahitnya kopi kalau tanpa gula.
Aku bercakap atau menulis bukan semata2 untuk org lain faham keadaan diri. Tetapi juga mewakili ibu bapa yang lain. Sememangnya istilah Autisme ini agak sukar untuk difahami org yang tidak ada dalam sebuah kapal yang sama. Adakala yang di dalam kapal pun masih terkeliru😅.
"Orang lain pun ada masalah jugak. Bukan ko sorang". Yup! Masih ingat kata-kata itu. Tapi masalah ini agak mengelirukan tambahan pula istilah masalah itu sendiri menuntut untuk diselesaikan dengan cara yang berbeza-beza. Agak tidak adil jika masalah di simpul sama rata.
Ada yang memberi definasi Khar9 hanyalah budak yang terlampau aktif atau nakal dan kemudiannya akan normal bila meningkat dewasa😱. Semudah itu? Jadi.... apa maknanya aku tiap pagi menghantarnya ke Pusat Pembelajaran Dan Latihan Autisme di KAA yang terletak jauh dari rumah dan pejabat. Semua tu bukan free tau. Begitu juga usaha-usaha lain kadang2 ditahap maksima kemampuan aku. Adakah aku ni dikategorikan sebagai seorang bapa yang cepat ngelabah?😂
Mungkin ada orang2 yang terdekat tidak sedar konflik yang berbalah di dalam hati ibubapa yang punya anak autisme. Spesis ibu bapa yang sentiasa berfikir untuk cari jalan terbaik untuk anak tapi adakalanya terhalang dengan cabaran lain. Wajah tersenyum tapi hati gundah gulana.
Walau bagaimanapun, kopi yang aku minum sekarang aku dah bubuh sikit gula. Sedap. Nikmatnya ada. Memberi aku tenaga untuk terus menikmati indahnya hidup.
Bapak sayang Khar9😘.
#autism #tuhanmendugakita #khar9 #kaa #asd #adhd #tmk2
Saturday, February 4, 2017
"The Man"
Aku tidak pelik jika ada sesetengah orang tidak faham apa yang dihidapi Khar9 walaupun sudah dimaklumkan berkali2. Sampai ke satu tahap, membisu adalah jalan terbaik untuk sementara waktu. Aku sengaja membiarkan diri ditekan manakala dalam masa yang sama cuba mengekalkan rentak agar apa jua usaha aku terhadap Khar9 tidak terganggu. Mungkin ia tak penting untuk difahami sesetengah orang kerana masing2 punyai perkara lebih mustahak untuk diselesaikan.
Biarlah pemahaman itu hadir sendiri dari arah yang lain kelak tanpa perlu dipaksa-paksa. Namun begitu, ia bergantung juga bagaimana mereka membuka hati untuk prihatin terhadap kepayahan orang lain.
Semangat ini bagaikan air💧. Dihalang macam mana sekali pun ia tetap cuba terus mengalir. Dididih ia jadi wap. Dibeku pulak menjadi ais. Begitulah semangat yang abadi untuk Khar9. Aku nak Khar9 mencapai tahap semaksimum yang mungkin terutama sebelum ke darjah 1 kelak.
Kerap bercakap tentang masalah nanti org sangka aku ni banyak sangat alasan atau berjiwa lemah. Dugaan sikit dah mengeluh. Tapi kalau dah merasa dugaan ini, baru tau macam mana pahitnya kopi kalau tanpa gula.
Adakala aku bercakap atau menulis bukan semata2 untuk org lain faham keadaan diri aku dan keluarga sahaja. Tetapi juga mewakili ibu bapa yang lain. Sememangnya istilah Autisme ini agak sukar untuk difahami org yang tidak ada dalam sebuah kapal yang sama. Adakala yang di dalam kapal pun masih terkeliru😅.
"Orang lain pun ada masalah jugak. Bukan ko sorang". Yup! Masih ingat kata-kata itu. Tapi masalah ini agak mengelirukan tambahan pula istilah masalah itu sendiri menuntut untuk diselesaikan dengan cara yang berbeza-beza.
Adakalanya mereka memberi definasi Khar9 hanyalah budak yang terlampau aktif atau nakal dan kemudiannya akan normal bila meningkat dewasa😱. Semudah itu? Jadi.... apa maknanya aku tiap pagi menghantarnya ke Pusat Pembelajaran Dan Latihan Autisme di KAA yang terletak jauh dari rumah dan pejabat. Semua tu bukan free tau. Begitu juga usaha-usaha lain kadang2 ditahap maksimum kemampuan aku. Adakah aku ni dikategorikan sebagai seorang bapa yang cepat ngelabah?😂
Mungkin ada orang2 yang terdekat tidak sedar konflik yang berbalah di dalam hati ibubapa yang punya anak autisme. Spesis ibu bapa yang sentiasa berfikir untuk cari jalan terbaik untuk anak tapi adakalanya terhalang dengan cabaran lain. Wajah tersenyum tapi hati gundah gulana.
Erm.....Walau bagaimanapun, kopi yang aku minum sekarang aku dah bubuh sikit gula. Sedap. Nikmatnya ada. Memberi aku tenaga untuk terus menikmati indahnya hidup.
Bapak sayang Khar9😘.
Kelakuan Yang Pelik! Adakah Autism? Ini Kisah Awal Kami
"tak pa, masih kecik lagi, biasalah nakal"
"biasalah budak sekarang lambat bercakap"
"Kurangkan gadjet je"
"Jangan panik sangat, anak si Slash dulu lambat gak bercakap, bila dah sekolah ok je, cakap mcm berteh jagung"
"Ada lagi lebih teruk"
"Biasalah anak tunggal, tak de kawan"
dan banyak lagi kata2 positif lain😌.
Semua kata2 itu langsung tak menenangkan. Hati tetap mengatakan Kha9 pelik! Aku tak boleh abaikan hakikat. Pedulilah org cakap aku ni cepat panic. Sebagai seorang bapa dan ketua keluarga, aku berhak risau. Takkan aku nak biar kapal yang aku pandu terumbang ambing. Tak naklah kesudahan jadi macam titanic kan? Kene cepat bertindak menutup lubang2 masalah sebelum membesar.
Anak lelaki lambat bercakap kata org adalah normal. Tapi mengapa pulak Kha9 tiada respond bila aku panggil. Aku panggil dengan vocal ala lagu She's Gone pun sikit tak menoleh.
Focus tak de. Eye contact pun turut sama. Fine motor, jari jemari pegang benda2 pun nampak kekok🖖🏼.
🏃🏻Kha9 suka sangat berlari. Tapi lariannya sumbang. Lari macam menjengket sikit. Badan lari agak ke depan macam nak jatuh je. Tak seimbang. Adakala berlari sambil memandang ke tepi. Gedubuk! Jatuh. Luka tapi nangis kejap je. Kebal ke anak aku ni?!💪🏼Nak bangga atau tak?🤔
Pastu, masih ingat hari raya, bunyi mercun dah mcm bom atom💥. Bebudak lain semua terperanjat lari lintang pukang, tapi kha9 rilek je. Sikit pun tak menoleh. Ada masalah pendengaran ke? Tapi kalau aku bukak siaran kartun kegemarannya ketika itu, Pocoyo, laju pulak lari depan tv. Dengar pulak. Alahai.
Apabila main bunga api, siap nak pegang apinya dan api pelita. Tak tau ke api tu menyakitkan? Apasal anak aku ni? Tak tau ke erti bahaya?
Pernah juga bawa Khar9 main kat playground sama ngan sepupu2nya. Mereka bermain bersama,Khar9 pulak mengasingkan diri. Ketawa sorang2, mengepak2, berpusing2, lari sana sini, layan sorang2 didunianya sendiri. Adoi. Makin risau😬.
Daripada apa yang berlaku, aku tak rasa Khar9 ni normal. Ada sesuatu yang tak kene. Hati aku berbalah. Umpama ahli politik yg berada di parlimen mempertahankan isu. Antara fantasi aku mengatakannya normal atau realitinya yang agak ganjil.
Mulai hari itu, secara senyap aku mengkaji dan terus mengkaji. Tak nak nampak kecoh. Biasalah sifat sorang bapa atau suami. Wajah kene tenang sbb tak nak anak2 kapal ngelabah sama. Kalau diorang ngelabah, nak layan ngelabah diorang lagi satu hal. Kecoh. Better senyap. Tenang di permukaan tapi bergelora didasarnya. Haha.
Dalam pencarian, aku jumpa perkataan autism. Autism? Asing betul istilah ni tapi gejalanya macam tak asing dengan apa yang aku alami dengan Khar9. Banyak simptom yang sama!!!!!!😱😱😱.
Mungkinkah Khar9 mengalami gejala Autism?
Mulai dari itu, aku sedar, sesuatu yang besar dimana ia merubah corak hidup kami sekeluarga pun bermula😬....
#autism #tuhanmendugakita #khar9 #hyperactive #tmk1
Subscribe to:
Posts (Atom)