TMK 1

Wednesday, February 15, 2017

Autism...Bukan Perkara Mudah



"Kami tidak minta untuk masyarakat faham maksud mendalam tentang autism, cukuplah sekadar memahami perkara ini bukan perkara mudah untuk diurus."

Aku tidak pelik jika ada sesetengah orang tidak faham apa yang dihidapi Khar9 walaupun sudah dimaklumkan berkali2. Sampai ke satu tahap, membisu adalah jalan terbaik untuk sementara waktu. Aku biarkan sahaja diri ditekan, manakala dalam masa yang sama cuba bertahan agar apa juga usaha atau perancangan aku terhadap Khar9 tidak terganggu. Mungkin ia tak penting untuk difahami sesetengah orang kerana masing2 punyai perkara lebih mustahak untuk diselesaikan.

Biarlah pemahaman itu hadir sendiri dari arah yang lain kelak tanpa perlu dipaksa-paksa. Namun begitu, ia bergantung juga bagaimana mereka membuka hati untuk prihatin terhadap kepayahan orang lain.

Semangat ini bagaikan air💧. Dihalang macam mana sekali pun ia tetap cuba terus mengalir. Dididih ia jadi wap. Dibeku pulak menjadi ais.  Begitulah semangat yang abadi untuk Khar9. Aku nak Khar9 mencapai tahap semaksimum yang mungkin terutama sebelum ke darjah 1 kelak.

Kerap bercakap tentang masalah nanti org sangka aku ni banyak sangat alasan atau berjiwa lemah. Dugaan sikit dah mengeluh. Tapi kalau dah merasa dugaan ini, baru tau macam mana pahitnya kopi kalau tanpa gula.

Aku bercakap atau menulis bukan semata2 untuk org lain faham keadaan diri. Tetapi juga mewakili ibu bapa yang lain. Sememangnya istilah Autisme ini agak sukar untuk difahami org yang tidak ada dalam sebuah kapal yang sama. Adakala yang di dalam kapal pun masih terkeliru😅.

"Orang lain pun ada masalah jugak. Bukan ko sorang". Yup! Masih ingat kata-kata itu.  Tapi masalah ini agak mengelirukan tambahan pula istilah masalah itu sendiri menuntut untuk diselesaikan dengan cara yang berbeza-beza. Agak tidak adil jika masalah di simpul sama rata.

Ada yang  memberi definasi Khar9 hanyalah budak yang terlampau aktif atau nakal dan kemudiannya akan normal bila meningkat dewasa😱. Semudah itu? Jadi.... apa maknanya aku tiap pagi menghantarnya ke Pusat Pembelajaran Dan Latihan Autisme di KAA yang terletak jauh dari rumah dan pejabat. Semua tu bukan free tau. Begitu juga usaha-usaha lain kadang2 ditahap maksima kemampuan aku. Adakah aku ni dikategorikan sebagai seorang bapa yang cepat ngelabah?😂

Mungkin ada orang2 yang terdekat tidak sedar konflik yang berbalah di dalam hati ibubapa yang punya anak autisme. Spesis ibu bapa yang sentiasa berfikir untuk cari jalan terbaik untuk anak tapi adakalanya terhalang dengan cabaran lain. Wajah tersenyum tapi hati gundah gulana.

Walau bagaimanapun, kopi yang aku minum sekarang aku dah bubuh sikit gula. Sedap. Nikmatnya ada. Memberi aku tenaga untuk terus menikmati indahnya hidup.

Bapak sayang Khar9😘.

#autism #tuhanmendugakita #khar9 #kaa #asd #adhd #tmk2

No comments:

Post a Comment