Ketika usia hampir 3 tahun, keganjilan pada Kharnain agak ketara berbanding kanak-kanak lain seusianya. Perkara ini mendesak aku mencari jawapan sebenar mengapa berlaku demikian.
Akhirnya aku ketemu perkataan autism. Banyak tanda-tanda yang tersenarai hampir sama.
Disini aku kongsikan sedikit tanda-tanda peringkat awal yang ketara pada Kharnain. Setiap anak-anak autism mempunyai spektrum yang berbeza namun berkongsi beberapa ciri yang hampir serupa.
Jika anak anda juga autism, apa pula tanda-tanda awal anak anda selain yang telah ditunjukkan?
Sekiranya tidak ada, ini pengetahuan yang berguna untuk memahami golongan unik ini.
Jika anak anda mempunyai KEBANYAKAN ciri-ciri seperti yang saya kongsikan, tapi masih ragu-ragu, jumpalah doktor cepat. Jangan buat andaian sendiri😊.
Semoga post saya ini dapat membantu kalian semua.
Sekian terima kasih.
#autism #tuhanmendugakita #tandatandaawalautism #lambatbercakap
No comments:
Post a Comment