TMK 1

Friday, June 16, 2017

Hari Raya! Kita Balik Kampung

Hari raya tak lama lagi. Bagi ibubapa yang punyai anak seperti aku, pasti akan memikirkan cabaran-cabaran yang bakal ditempuh dalam perjalanan balik kampung nanti.

Disini aku kongsikan sedikit kisah kami sekeluarga.......


Dulu kami tinggal di pedalaman Kapit. Kedua-dua kami isteri bekerja disana. Nak balik ke bandaraya Kuching perlu melalui pelbagai pengangkutan. AIR, DARAT dan UDARA. Lengkap dan pastinya mencabar.

Ketika itu, Kharnain masih berusia 2 hingga 4 tahun. Umur kemuncak. Bila masuk 5 tahun kami dah pindah ke Kuching. Alhamdulillah.
Begitulah secara ringkas.....


Dulu punyalah risau nak turun berpuluh-puluh anak tangga wharf, melangkah dari bot ke bot sambil mengendong Kharnain yang terkenal dengan hyperactive. Kalau cuai boleh jatuh terutama ketika atau selepas hujan. Isteri aku dan Makcik Mac pulak sibuk bawak beg-beg dan barang lain. Aku focus dengan Kharnain seorang.





Dalam keadaan berpuasa kesabaran dicabar dengan sikap Kharnain yang sukar dikawal. Di dalam bot ekspres, dia berlari, buat bising, melambung barang-barang permainannya dserta pelbagai aksi lain yang pasti tak menyenangkan penumpang lain didalam bot ekspres selama 3 jam tanpa sudah. 

Amat menyiksakan! Aku umpama tawanan perang. Berserah saja membiarkan diri ditembak dengan peluru-peluru makian dan cacian dari hati penumpang lain didalam hati mereka. Aku tau brader sorang tu marah. Syok tengah tido, patung Lion busuk Kharnain singgah kat muka dia.

Setelah tiba, kami naik teksi dari terminal bot ke Airport Sibu. Dalam teksi aku tak ulas panjang. Sebab aku kasi tab je kat dia. Tempat kecik mudah sikit kawal.






Biasanya kami makan dulu di restaurant Sugarbun kat airport sebelum meneruskan perjalanan. Ada cabaran sendiri time makan tu. Tapi aku tak ceritalah sini. Tengah bulan puasa, terliur pulak korang.

Di bulan puasa 1 jam-2 jam waktu menunggu, aku terpaksa merayau-rayau disekitar airport bersama Kharnain. Dia tak boleh berhenti. Berhenti je memgamuk. Mengamuk je orang semua pandang. 

Paling aku tak tahan bila dia nak naik kapal terbang tu terus walhal belum masanya lagi. Pramugari depan pintu pun pening. Pening pramugari tu aku balas dengan kuntuman senyuman sebagai ganti rugi. Tak de niat lain tau. Hehe.

Punyalah jenuh pujuk Kharnain mengamuk, mata org sekeling memang memandang tajam menikam. Dah tak main hujung mata dah. Silap gaya boleh tembus tu. Haha.

Khanain oh Kharnain! Mesti dia ingat aku nyer kapal terbang tu.




Dalam kapal terbang tok sah cerita la. Sama cabarannya dalam bot tadi. Aku teringat masa tu pramugara nak kasi dia gula-gula. Aku hargai keprihatinan tu. Tapi kalau nak tengok dia dudok sebelah pilot, boleh le kasi. Ntah-ntah dia yang bawak kapal terbang tu pulak.





Pabila sampai airport Kuching part yang memcabar adalah ketika nak tunggu beg kat luggage waiting area tu.

Pernah sekali, tengah sibuk tunggu beg, tetiba wajah-wajah orang kat situ terperanjat. Blur kejap. Sekali aku toleh sebelah rupanya Kharnain dah naik atas letak beg yang bergerak tu. Jenuhlah aku kejar.

Ada-ada saja dia buat. Tak bleh terlepas pandang sikit. Risau dia tersepit ke apa ke.

Kharnain yang dia tau, seronok je. Si bapak rasa nak sakit jantung. Keseronokan Kharnain, aku yang tanggung bebannya. Haha.






Sampai airport Kuching, biasanya bapak mertua aku ambik. Masa tu dah mula lapang sikit. Perjalanan ke kampung adalah lebih kurang 45minit.

Pabila sampai kampung, tugas jaga Kharnain dah kurang dah, sebab ramai ahli keluarga yg nak bermain ngan dia walaupun Kharnain tak menunjukkan minat. 

Tapi tak pe. Asalkan ada orang jaga, aku boleh lelap kejap. Betapa nikmatnya tido lepas penat mengharungi semua tu.

Bila terjaga, rupanya berbuka lambat lagi. Tenung jam lama-lama, tiap saat jarum gerak aku perhati. Berharap pusingannya lebih laju daripada biasa. Kalau iman lemah memang aku pusing jam tu terus tunjuk kol 7. Haha.

Oklah, itulah serba sedikit perkongsian aku bila nak balik kampung. Meletihkan namun nikmatnya ada.

Sekarang semuanya menjadi kenangan terindah untuk dikenang.

Selamat berpuasa.

No comments:

Post a Comment