TMK 1
Wednesday, June 7, 2017
Terapi Jiwa Ibubapa (kumpulan sokongan)
............................
Dulu, ketika berada di Kapit, aku rasa kami berbeza berbanding keluarga lain. Orang lain nampak mudah je handle anak, kenapa aku payah sangat? Adakah aku yang tak cekap sebagai seorang bapa🤔?
"Birthday anak aku hujung minggu. Jangan tak datang tau. Bawak keluarga sekali"- kawan
Dipenghujungnya, aku datang sorang saja sebagai wakil.
"Eh...mana anak isteri?" - kawan
"Anak aku susah sikit nak ikut majlis gini, anak aku autism & hyper" - aku
"Ala...baru sorang anak, aku 3 anak kecik. Semua hyperactive"-kawan
🤔...
Tau ke maksud autism & hyperactive tu? Selalu jugak istilah hyperactive ni disalah ertikan.
Perkara ni termasuk hari raya, majlis kahwin dan seumpamanya. Masa tu umur Kharnain baru dalam 2-3 tahun. Usia kemuncaknya.
Masa tu lom cukup pengetahuan nak handle Kharnain dalam majlis begitu. Lagipun kulit muka lom cukup tebal😂.
..........
Selepas menghadiri kursus bersama Dr Hasnah Toran di Kuching 3 tahun lepas, barulah aku dan isteri berpeluang berkenalan dengan ibubapa lain yg punyai masalah yg sama.
Keluhan suara yang senada.
Gelak tawa mengenang tentang cabaran lepas pun seirama.
Group Whatsapp juga banyak membantu. Apa2 je yang diluahkan pasti ada yg menyambut dengan dorongan kata2 semangat serta nasihat.
Terutamanya kaum ibu. Memang banyak perkongsian. Sampai tak terfollow pulak😅. Kaum bapak ni lain sikit. Mencelah bila perlu je. Apa2 pun, kedua2nya penting dalam group.
Begitu juga semenjak memdaftarkan Kharnain ke KAA (Kuching Autism Association). Kenalan makin ramai. Pengetahuan makin berkembang. Makin mudah rasanya menerima hakikat ini.
Beberapa ibubapa di KAA menjadi role model. Jiwa tidak lagi berasa sepi kerana banyak juga aktiviti2 yang dijalankan oleh persatuan.
Aku juga suka mengikuti perkembangan group fb Autisme Malaysia. Ini memberi peluang untuk kami berkenalan dengan ibu bapa lain diseluruh malaysia. Banyak ilmu dan pengalaman dikongsikan.
Ibu bapa2 yang baru mendapat tahu anak mereka mengidap autism, aku sarankan ke sini. Carilah komuniti begini supaya banyak pengetahuan kita akan dapat. Ini kerana membesarkan anak autisme ni perlukan pengetahuan. Bukan ikut hati sahaja.
Sekarang, aku nampak komuniti autisme ni bagaikan keluarga yang besar, dan barulah keluarga kami kelihatan NORMAL!!!😂.
Ini semua hanya pendapat pribadi. Bagi anda yang sekapal ni? Mungkin anda berbeza. Mungkin ada yg lebih suka melalui jalan sepi🚶🏿. Lain orang lain caranya😊. Asalkan sampai ke destinasi. Itulah harapan kita.
#tuhanmendugakita #autisme
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment